Sabtu, 03 November 2012

Suami Jemu Lakukan Hubungan Seks


Selera seks lelaki amat  pelik juga. Bukan sahaja kaum perempuan. Sebab itu tidak boleh katakan lelaki terus di petik suis akan menjadi. Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan suami menjadi jemu dalam hubungan seksual. Antara punca utama adalah keletihan atau stress di tempat kerja. Ok, dalam posting kali ini, saya ingin berkongsi satu persoalan yang dituju oleh seorang Isteri kepada Dr Ismail Thamby yang disiarkan di dalam Metro Ahad.
SAYA dan suami jarang melakukan hubungan intim, iaitu hanya sekali seminggu dan ada kalanya tiada langsung.
Saya menyuarakan perkara ini kepada suami dan suami menyatakan dia mudah jemu. Saya kurang faham, sedangkan saya tidak pernah jemu untuk bersama kecuali ketika haid. Adakah ia disebabkan bentuk badan saya yang gemuk atau perkara lain? Tolonglah doktor, saya ingin menambah bilangan anak.
ANIS
Marang, Terengganu

Dalam hal ini, masalah puan ialah kurang mendapat kerjasama suami dalam melakukan hubungan intim. Puan juga sedar puan tidak mempunyai tubuh menarik seperti dulu dan ini mungkin antara punca masalah itu berlaku.
Mungkin ia juga disebabkan suami keletihan dan tertekan dengan kerja. Nampaknya suami memerlukan motivasi puan. Ikutlah kesesuaian supaya suami mudah dan hendak bersama tanpa puan ‘memaksanya’.
Kadangkala lelaki agak pelik. Sewaktu isteri dingin, suami akan hangat dan ketika isteri subur dan mempelawa, mereka pula menolaknya. Malah ada juga suami mati pucuk ketika isteri subur dan pulih apabila isteri dalam keadaan biasa.
Suami seperti ini perlu diberi ubat perangsang dan ubat yang dapat melancarkan peredaran darah dalam zakar, terutama apabila isteri subur.
Yang penting, dalam perkahwinan perlu ada wawasan dan perancangan bersama untuk membina keluarga, termasuk bilangan anak dan keadaan ekonomi. Tanpa komunikasi baik, memang sukar meluahkan perasaan dan fikiran masing-masing.
Cuba bermuafakat dan bekerjasama untuk membina keluarga sejahtera. Insya-Allah apa jua hajat anda berdua yang baik akan dimakbulkan Tuhan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Welcome In Blogging Is My Life

Contoh Sliding Login Dengan JQuery

Disamping ini adalah contoh Sliding Login menggunakan JQuery. Login Form Disamping hanya Contoh dan tidak dapat digunakan layaknya Login Form FB, Karena Blog ini terbuka untuk umum tanpa perlu mendaftar menjadi Member

Tutorial Blog

Untuk membuatnya Silahkan : Klik Disini

Member Login

Lost your password?

Not a member yet? Sign Up!